Wednesday, November 28, 2012

Just Sharing

sejauh mana seseorang itu boleh bersabar dan terima apa sahaja??? "see good in others" memang bagus dan perlu.. kita mencari dimana baiknya, memang semua orang ada baik buruknya.. kita melihat kebaikannya dan berkata "kalau ada jahatnya dia, apatah lagi jahat kita??" dan adakah disebabkan baik yang ada itu, jahatnya kita pendamkan atau biarkan sahaja?? susah jadi manusia.. yes, you can be loud, be truthful, but don't be rude! kita dikurniakan akal.. kita tahu mana baik, mana buruk, mana sedap didengar dan mana yang pijar telinga mendengar dan hati bergetar.. kita melihat, kita merasa setiap apa yang ada disekeliling.. kita tahu apa yang orang rasa mungkin kerana kita pernah merasai ataupun tak payah nak 'katak bawah tempurung' sangat.. movie banyak tunjuk.. jadi kita belajar.. jangan menafikan.. jangan memburukkan.. tak salah menjaga hati, menjaga santun, kerana itu membawa makna menjaga maruah diri, keluarga, agama dan bangsa.. kita hidup di dunia bukan seorang diri.. tetapi setiap apa yang ada di sekeliling kita, bernyawa ataupun tidak, semuanya kehidupan.. kita dikurniakan sekeping hati.. hati yang tulus dan sungguh banyak fungsinya.. tapi nak menjaganya susah sangat.. noda hitam seringkali terpalit dekat hati kita.. tak nak ke kita mempunyai hati yang suci, bersih?? ya.. kita bukan malaikat.. jauh sekali.. kita insan yang sering melakukan dosa, yang mempunyai pelbagai tabiat buruk, tapi untuk ke arah kebaikan dan ke jalan yang diredhai tidak ada alasan yang patut diberi.. kita memohon diberi hidayah dan petunjuk, tapi tidak kita gunakan.. ujian dan dugaan tu banyak.. dan seringkali menumpaskan kita dan menguatkan kita.. I don't want to be discriminize or differentiate people around me.. but I need the comfort to 'fight'.. there are reasons for everything in life people.. always be.. come we make this world full with sincere things being done.. kerana hati yang ikhlas tidak dapat melawan hati yang lain dan cara yang halus tidak dapat melawan cara yang lain .. :) assalamualaikum

No comments:

Post a Comment