Friday, September 28, 2012

Kekuatan

untuk memahami bukan mudah sekiranya kita tidak pernah merasainya.. untuk menyatakan rasa bahawa kita pernah laluinya juga bukan mudah.. benar sekali kata-kata bahawa tiada apa yang mudah di dunia ni.. bahkan buat kehidupan kita di akhirat kelak.. sekuat mana kita mampu menjadi?? sungguh diri ini, hati ini rapuh, lemah dan tidak terdaya.. paksaan, herdikan, kesedihan buat diri tidak tertanggung, lantas gugurnya air mata yang begitu berharga.. yang mungkin boleh menjadi sesuatu yang tiada nilai kerana tanpa segan silu dia menitis.. aku rindukan kanak-kanak mentah yang dulu itu.. dia mampu menahan air mata dari tumpah di hadapan orang yang dia sayang, di hadapan sesiapa sahaja.. dia tidak mahu merisaukan, memberi gundah, memberi beban.. namun, itu hanya tinggal dalam ingatannya.. dia kini begitu murah dengan air mata.. tak dapat dia ungkapkan melalui perkataan, tak dapat dia menunding jari melainkan pada diri, air mata pengganti diri yang rapuh, pengganti kata-katanya bahawa dia juga sengsara, dia juga sakit.. bukan sengaja, bukan dipinta, tetapi tulisan takdirnya begitu.. andai redha itu ikhlas, maka dia mungkin belum ke situ.. kerana dia hanya pasrah, menyerah.. kerana kekuatan yang terumbang-ambing.. luas makna kekuatan.. kita memerlukan kekuatan dariNya.. tanpa keizinanNya mungkin untuk bangkit juga sakit kita rasakan.. hidup itu indah.. benar.. diselitkan kesedihan dan keperitan sebagai peringatan.. tapi jika kekuatan itu tidak kita miliki, sukar untuk kita merasai keindahan yang sebenar.. ada satu lirik lagu yang berputar di benak ku.. "berikanlah aku kepastian, agar dapat kuteruskan perjalanan, kepadaMu Tuhan aku harapkan, berikanlah aku kekuatan...." assalamualaikum