Thursday, June 12, 2014

Sakit

aku sakit.. yaa aku sakit..
sakit itu boleh datang dari pelbagai maksud, cara..
yang aku tahu aku sakit..

cukup aku tahu.. mungkin
cukup aku dan Dia tahu.. benar
tapi kalian harus tahu supaya tidak menambah rasa sakit ini..
aku ingin menjaga..
aku ingin bertahan..
sebisa aku, semampu aku..
tapi jangan lah lupa..

aku manusia..
aku hambaNya yang kecil lagi hina..
aku juga punya rasa sakit..
tak cukup dengan sakit, tambah lagi dengan pelbagai bentuk sakit..

biar aku kuat.. biar aku teguh..
biar aku emosi.. biar aku degil.. biar..
jika hanya itu yang layak aku lakukan..
jangan ditambah kesakitan yang ada..

sakit itu datang dari Dia..
sungguh aku bersyukur..
Dia pilih aku untuk merasa sakit itu..
sungguh.. siapa aku di mataNya??
hamba yang sering ingkar padaNya, namun diberi ini sebagai tanda ingatan..

sebelum ia bertambah dalam, bertambah luka,
izinkan aku membahagiakan kedua orang tuaku dan adik ku..
kerana mereka nyawa aku.. pinjaman paling berharga buat aku..
sekiranya aku tidak mampu bertahan, bawalah aku pergi..
bawa aku pergi, hanya selepas aku membahagiakan mereka dan menjalankan tanggungjawab aku kepada Dia dan mereka..

aku butuh kekuatan.. teramat sangat..
perkataan ini membantu aku.. meluahkan kepada Kau dan pada diri aku..
monologue ini diantara aku dan Dia..
kerana bagi aku, kalian tidak punya pemahaman..
kerana bagi aku, hanya Dia, yang sentiasa mendengar rintihan..
kerana cerita aku milikNya..
aku melaluinya kerana Dia..
cuma pilihan aku ke duniawi memakan diri..

terima kasih untuk semuanya..