Thursday, June 12, 2014

Sakit

aku sakit.. yaa aku sakit..
sakit itu boleh datang dari pelbagai maksud, cara..
yang aku tahu aku sakit..

cukup aku tahu.. mungkin
cukup aku dan Dia tahu.. benar
tapi kalian harus tahu supaya tidak menambah rasa sakit ini..
aku ingin menjaga..
aku ingin bertahan..
sebisa aku, semampu aku..
tapi jangan lah lupa..

aku manusia..
aku hambaNya yang kecil lagi hina..
aku juga punya rasa sakit..
tak cukup dengan sakit, tambah lagi dengan pelbagai bentuk sakit..

biar aku kuat.. biar aku teguh..
biar aku emosi.. biar aku degil.. biar..
jika hanya itu yang layak aku lakukan..
jangan ditambah kesakitan yang ada..

sakit itu datang dari Dia..
sungguh aku bersyukur..
Dia pilih aku untuk merasa sakit itu..
sungguh.. siapa aku di mataNya??
hamba yang sering ingkar padaNya, namun diberi ini sebagai tanda ingatan..

sebelum ia bertambah dalam, bertambah luka,
izinkan aku membahagiakan kedua orang tuaku dan adik ku..
kerana mereka nyawa aku.. pinjaman paling berharga buat aku..
sekiranya aku tidak mampu bertahan, bawalah aku pergi..
bawa aku pergi, hanya selepas aku membahagiakan mereka dan menjalankan tanggungjawab aku kepada Dia dan mereka..

aku butuh kekuatan.. teramat sangat..
perkataan ini membantu aku.. meluahkan kepada Kau dan pada diri aku..
monologue ini diantara aku dan Dia..
kerana bagi aku, kalian tidak punya pemahaman..
kerana bagi aku, hanya Dia, yang sentiasa mendengar rintihan..
kerana cerita aku milikNya..
aku melaluinya kerana Dia..
cuma pilihan aku ke duniawi memakan diri..

terima kasih untuk semuanya..

Monday, January 7, 2013

Ingatan

kadang-kadang kita terleka, selalu terleka.. everything can happen, can change in the blink of eye.. seseorang itu pergi menyahut panggilan Ilahi, kita berduka, ada sepi, ada kosong yang terasa kerana perjalanan hidup kita berubah tanpa dia disisi.. dia yang kita sayang, dia yang kita sanjung, dia yang menjadi inspirasi.. tanpa dia kita bagai layu, tanpa dahan untuk berpaut, hilang tempat mengadu dan bercanda.. tapi tabah itu yang kita cari, kuat itu yang kita pinta untuk melalui hari mendatang.. hanya doa iringan kita buatnya, hanya ruang hati itu buat dia.. pedih kita, kehilangan kita, hanya kita dan Dia Yang Maha Mengetahui..
this make me think, what will happen if it was me in their shoes?? I can't even imagine how paralysed I can be without the person I've treasure in this life, my family, my friends.. lindungilah kami dari segalanya yaAllah.. ingatkanlah kami.. kuatkanlah kami.. tabahkanlah kami.. Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi menemui kekasih abadi mereka.. assalamualaikum

Wednesday, December 19, 2012

Saja

to think what the reason of every single thing that happened in life pun sakit.. so how?? but then when I'm thinking, I still have HIM, my one and only family, dearest friends since I was a kid.. don't be greedy.. be grateful instead.. kecelaruan jiwa kacau hanyalah sementara.. pertalian yang telah sedia terjalin harus disyukuri dan dijaga..  :)

Friday, December 14, 2012

Entah

memang tak ada ke cerita yang tak involve orang ketiga keempat kelima enam?? memang tak ada ea?? to actually undergoes the same situation, its hard and its hurt.. because somehow and somewhat you will bring back the past as a lesson and guide.. you don't know where you stand.. I just loved my friends.. more than enough.. I don't need that one person to appear if he's just another precaution that I need to be cautious.. buat orang jk je

Wednesday, November 28, 2012

Just Sharing

sejauh mana seseorang itu boleh bersabar dan terima apa sahaja??? "see good in others" memang bagus dan perlu.. kita mencari dimana baiknya, memang semua orang ada baik buruknya.. kita melihat kebaikannya dan berkata "kalau ada jahatnya dia, apatah lagi jahat kita??" dan adakah disebabkan baik yang ada itu, jahatnya kita pendamkan atau biarkan sahaja?? susah jadi manusia.. yes, you can be loud, be truthful, but don't be rude! kita dikurniakan akal.. kita tahu mana baik, mana buruk, mana sedap didengar dan mana yang pijar telinga mendengar dan hati bergetar.. kita melihat, kita merasa setiap apa yang ada disekeliling.. kita tahu apa yang orang rasa mungkin kerana kita pernah merasai ataupun tak payah nak 'katak bawah tempurung' sangat.. movie banyak tunjuk.. jadi kita belajar.. jangan menafikan.. jangan memburukkan.. tak salah menjaga hati, menjaga santun, kerana itu membawa makna menjaga maruah diri, keluarga, agama dan bangsa.. kita hidup di dunia bukan seorang diri.. tetapi setiap apa yang ada di sekeliling kita, bernyawa ataupun tidak, semuanya kehidupan.. kita dikurniakan sekeping hati.. hati yang tulus dan sungguh banyak fungsinya.. tapi nak menjaganya susah sangat.. noda hitam seringkali terpalit dekat hati kita.. tak nak ke kita mempunyai hati yang suci, bersih?? ya.. kita bukan malaikat.. jauh sekali.. kita insan yang sering melakukan dosa, yang mempunyai pelbagai tabiat buruk, tapi untuk ke arah kebaikan dan ke jalan yang diredhai tidak ada alasan yang patut diberi.. kita memohon diberi hidayah dan petunjuk, tapi tidak kita gunakan.. ujian dan dugaan tu banyak.. dan seringkali menumpaskan kita dan menguatkan kita.. I don't want to be discriminize or differentiate people around me.. but I need the comfort to 'fight'.. there are reasons for everything in life people.. always be.. come we make this world full with sincere things being done.. kerana hati yang ikhlas tidak dapat melawan hati yang lain dan cara yang halus tidak dapat melawan cara yang lain .. :) assalamualaikum

Thursday, November 8, 2012

Radar Hati

Kalau laa kalau, dapat kita tengok radar hati kita ni, makin lelah agaknya.. bukan straight line sebab tu tandanya kita dah tak ada, tapi berombak-ombak, turun naik sebab hati kita ni merasa segala macam benda.. semua pressure hidup ni hati kita rasa.. sedih ke kita, marah ke kita, gembira ke kita, cemburu ke kita, degil ke kita, semuanyalah.. segala rasa..

Radar hati aku tengah disfunction ni.. macam over-used.. over-feels.. susahnya nak 'jaga' hati.. jaga dekat sini membawa maksud pelihara dia dari menambahkan titik hitam.. susahnya.. hati ni 'sakit'.. dari bermacam penyakit.. dan bagi aku, penyakit hati ni lagi susah nak diubati sebab banyak kompilasinya.. bukan sebab satu sebab je.. puncanya banyak.. kadang-kadang ada yang kita cari sendiri.. Tuhan.. tolonglah kami pelihara hati kami yang satu ini.. Bersihkan lah hati ini daripada segala bentuk anasir.. sesungghnya kami tidak mampu kerana hati manusia tidak pernah puas........ assalamualaikum

Sunday, November 4, 2012

Jodoh Itu Rahsia Allah

Assalamualaikum.. hye!! semalam saya ada pergi satu talk for girls only.. title given, "Heart to Heart".. alhamdulillah.. bersyukur rasanya pergi talk tu.. tahu diri ini sangat beruntung dan sangat perlu diperbaiki.. but there's something interesting that I want to share with you all.. According to Umi, the one who gave the talk, senaraikanlah seberapa banyak ciri yang anda inginkan pada jodoh anda.. sesungguhnya itu doa anda buat si dia.. and I have done one!



 What I want 'the one person' to be…..

1.seorang yang taat akan Allah
2.seorang yang mampu membimbing aku dan keluargaku ke arah agama Allah
3.seorang yang bertanggungjawab.. Tahu akan tanggungjawabnya terhadap Allah, terhadap keluarganya, terhadap aku dan keluargaku, dan terhadap alam ini
4.seorang yang mampu memberi ketenangan buat diriku.. Di mana aku selesa bersamanya berkongsi susah  senang, sedih gembira
5.seorang yang mencintai diriku seikhlas hatinya kerana Allah
6.seorang pemberi yang ikhlas.. Di mana dia tidak kedekut melakukan sedekah jariah dan beramal
7.seorang yang berilmu pengetahuan luas.. Di mana boleh mengajar aku apa yang tidak aku ketahui
8.seorang yang penyayang.. Di mana kasih sayangnya sangat indah untuk dimiliki dan memberi kebahagiaan
9.seorang yang boleh buat aku berasa selamat di sampingnya..
10.seorang pelindung bagi diriku setelah Allah
11.seorang yang sayang akan Rasulnya.. Di mana dia beramal dengan sunahnya
12.seorang yang boleh bercerita tentang kisah nabi dan para sahabat kepadaku
13.seorang yang rajin berusaha mencari rezeki dan mencapai kejayaan
14.seorang yang tidak berputus asa
15.seorang yang bersemangat tinggi
16.seorang yang menghormati ibu bapanya, ibu bapaku, orang tua, orang lain, dan diriku ini
17.seorang yang mampu membuat orang sekelilingnya tertawa riang dengan jenakanya
18.seorang pendengar yang setia.. Di mana aku dan anak-anak kami mampu untuk berkongsi cerita
19.seorang yang mampu menegur setiap kesalahan yang dilakukan oleh diriku bagi membentuk aku menjadi insan yang lebih baik
20.seorang yang akan aku hormati dan taati, sayangi dan cintai
21.seorang yang aktif.. Seorang yang suka bersukan.. A sport man
22.seorang yang kreatif supaya aku sentiasa terhibur dan terpesona terhadap dirinya
23.seorang yang berani mempertahankan segalanya dan mencuba segala cabaran hidup
24.seorang yang sabar menempuh segala ujian hidup bersamaku
25.seorang yang setia dan tidak bermain dengan kata-kata
26.seorang yang jujur dan ikhlas terhadap diriku dan segala apa yang dilakukan
27.seorang yang dapat menawan hatiku
28.seorang yang di mana ciri fizikalnya tidak dapat aku ungkapkan tetapi dia merupakan seorang yang boleh membuat hatiku berdegup melihatnya
29.seorang yang rupa parasnya baik supaya anak-anak ku molek belaka
30.seorang yang berkejaya agar dia dapat memberi nafkah buat diriku dan mampu membantu aku dan keluargaku dan keluarganya
31.seorang yang mempunyai impian dan wawasan
32.seorang yang mampu menyayangi keluargaku seperti keluarganya sendiri
33.seorang yang mampu menerima buruk baik aku dan keluargaku
34.seorang yang akan membuatku rasa berharga dalam hidupnya
35.seorang yang akan mengejar aku bukan melepaskan aku.. Melainkan aku pergi kerana takdir Ilahi
36.seorang yang mampu memahami aku walau tanpa aku menyatakan
37.seorang yang akan mengimamkan solatku dan yang lain
38.seorang yang aku boleh berkongsi impian dan cita
39.seorang yang bersih.. Di mana dia mementingkan kebersihan dan kekemasan
40.seorang yang pandai memasak.. Dan buat air.. Excellent in kitchen
41.seorang yang tidak cepat melatah dengan keadaan yang dihadapi
42.seorang yang boleh aku bergantung harap
43.seorang yang akan membuat sebuah kisah cinta terulung bersamaku
44.seorang yang kuat
45.seorang yang fizikalnya macam choi minho/shah rukh khan/josh duhamel/lee dong wook/lee min ho/jean luc bilodeau/redza minhat/aaron aziz/kamal adli/mcm ustaz khairul.. Lebih kurang dorang ni semua laa..
46.seorang yang unik
47.seorang yang matanya cantik, senyuman yang manis, a sweet and charming person, rambut yang lembut
48.seorang yang mampu mendidik aku dan anak-anak kami dengan didikan agama yang sempurna
49.seorang yang hafaz membaca al-Quran
50.seorang yang mampu memberi kemewahan yang berpada buat keluarganya, aku serta keluargaku tanpa melalaikan
51.seorang kawan yang baik
52.seorang yang mempunyai tangan yang cantik, berurat,
menunjukkan dia kuat dan rajin 


YaAllah.. Ini ciri-ciri yang aku harap menjadi jodohku dan ada pada jodohku.. Akan tetapi kau Maha Mengetahui.. Jika sebanyak ini yang aku minta, izinkan aku menjadi sebanyak ini juga buat dirinya yaAllah.. Tentukanlah yang mana baik bagi diriku ini.. Indahnya sesuatu kejadian itu hak kau YaAllah.. maka izinkan aku kecapi keindahan itu.. izinkan aku dan jodohku berubah ke arah kebaikan.. Amin

Ini list dari saya.. so, what's your list?? pergi buat ya.. haha.. insyaAllah, mungkin tidak kesemua ciri yang anda inginkan anda dapat.. ini doa anda.. impian anda.. yang lain semuanya terserah pada Allah.. itu je nak share.. hehe.. babye! assalamualaikum  :)